Skip to main content

Ehsan Kita, Nafas Mereka: Setiap Satu Infaq, Menghidupkan Harapan di Bumi Sudan

Lebih-lebih lagi Dalam Bulan Zulhijjah Yang Penuh Keberkatan ini,
Infaqlah Sebagai Bekalan Untuk Akhirat Sementara Pintu Rahmat Sedang Terbuka Luas.

Ayuh berinfaq bersama Droplets of Mercy Malaysia untuk memberikan harapan baru kepada saudara kita di Sudan, mengembalikan senyuman di wajah-wajah yang sedang menanggung derita.

Allah SWT berfirman:
"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji." (Surah Al-Baqarah: 261)

Pengenalan Droplets of Mercy Malaysia

Sejak 2018, Droplets of Mercy hadir untuk membawa harapan kepada mereka yang memerlukan. Kami bukan sekadar membantu secara sementara tetapi membina kehidupan yang lebih stabil dan bermaruah, di mana setiap titis sumbangan menyalakan cahaya perubahan

Matlamat Utama
Droplets of Mercy Malaysia

Menyalurkan Bantuan
Kecemasan & Nutrisi
(Immediate Relief)

Memerangi kebuluran kritikal dengan menyediakan makanan panas (hot meals) dan pek nutrisi kepada Pelarian Dalaman (IDP) di zon konflik seperti Khartoum, Tawila, Al-Fasher dan Darfur Utara, serta mengedarkan bekalan kecemasan kepada keluarga yang terputus bekalan.

Memulihkan Akses
Kesihatan & Air Bersih
(Restore Healthcare & Water)

Membiayai pemulihan unit Pediatrik dan Neonatal di hospital kritikal (Hospital Kanak-kanak Mohamed Alamin Hamid & Port Sudan) dan membina telaga air bersih di kampung Al-Hariz dan Al-Masoudiya untuk mencegah penyakit bawaan air.

Membina Kehidupan
Mampan Pelarian
(Sustainable Empowerment)

Merealisasikan projek "Village of Hope" di Penempatan Pelarian Perbatasan Sudan di Bweyale, Uganda, sebagai hab komuniti yang menyediakan latihan vokasional, kemudahan sukan, dan keselamatan makanan untuk memperkasa pelarian Sudan membina semula kehidupan mereka secara berdikari.

Rasulullah SAW Bersabda:

"Sebaik-baik manusia adalah yang paling
bermanfaat kepada manusia lain."

(Hadis Riwayat Al-Mujam Al-Awsat)

Punca Keterdesakan
di Bumi Sudan

  • Konflik dan perpindahan berterusan yang memaksa jutaan rakyat meninggalkan rumah mereka.
  • Krisis makanan yang menyebabkan kebuluran kritikal dan kekurangan nutrisi.
  • Akses yang sangat terhad kepada kesihatan dan air bersih akibat infrastruktur rapuh.
  • Ketidakstabilan politik serta cabaran ekonomi yang memburukkan lagi krisis.
  • Kekurangan keselamatan dan keganasan berterusan yang menghalang bantuan kemanusiaan.
  • Kitaran penderitaan dan kekurangan yang berpanjangan, menjauhkan harapan kepada keamanan dan kestabilan.

Bayangkan betapa pilunya realiti di Sudan apabila anak-anak yang kelaparan masih mampu tersenyum, sedangkan di balik senyuman itu tersembunyi rasa lapar dan keletihan yang tidak pernah berhenti, dan mereka terus memujuk diri untuk kuat sambil mencari harapan di tengah dunia yang seakan berpaling daripada penderitaan mereka.

"Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang lapar, menolong orang yang susah, atau menafkahkan hartanya di jalan Allah, maka Allah akan menggantikan hartanya dan memberkati hidupnya." (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Kehidupan Harian Mereka

Fadilat Infaq Bulan Zulhijjah

Bulan Zulhijjah merupakan antara bulan yang paling mulia di sisi Allah SWT, khususnya pada 10 hari terawal yang disebut sebagai hari-hari terbaik untuk beramal soleh. Setiap kebaikan yang dilakukan dalam bulan ini dijanjikan ganjaran yang besar, termasuk amalan infaq yang menjadi tanda keimanan dan ketaatan kepada Allah. Walaupun kecil nilainya pada pandangan manusia, infaq di sisi Allah sangat bernilai dan boleh menjadi asbab membantu mereka yang memerlukan, melancarkan rezeki, menyucikan harta serta menghadirkan ketenangan dalam hidup. Lebih indah, pahala sedekah dan infaq yang dilakukan pada hari-hari mulia Zulhijjah akan terus mengalir sebagai bekalan berharga menuju akhirat.

Kenapa Kita Perlu
Berinfaq untuk Sudan

AYUH INFAQ SEKARANG

Infaq untuk Sudan

by Faris Fadzli

Selangor, Malaysia

Ayuh berinfaq bersama Droplets of Mercy Malaysia untuk memberikan harapan baru kepada saudara kita di Sudan, mengembalikan senyuma

Raised Percent :
0%
RM500,000.00
Funding Goal
RM0.00
Fund Raised

RM

Droplets of Mercy Malaysia